Wednesday 30 January 2013

Kimono Di Malaysia

                                                      Bab 1
                                                    Terbang


"Seterusnya , adik Miekail Aiman , sila naik ke atas pentas" . Miekail hanya terdiam kaku dan wajahnya ditundukkan ke lantai dewan walaupun telah beberapa kali namanya diumumkan . "Woi Dracula , kau pekak ke ? " jerit Ashril sambil menarik tangan Miekail menuju ke atas pentas . Para pelajar yang ada di dalam dewan berbisik sesama sendiri  melihat gelagat mereka berdua , tidak ketinggalan juga Kelab Crush Miekail yang mula membuat pelbagai andaian tentang lelaki pujaan mereka itu .Riyana dilanda kerisauan setelah melihat Miekail lemah longlai seperti mayat hidup . "Adakah sebab kejadian semalam ? " soalan ini sering bermain di fikiran Riyana seraya air mata membasahi pipi putih gebunya . Miekail bersalaman dengan Pegawai Pelajaran negeri Pahang seraya mengambil hadiah daripada beliau . "Eh , tunggu sekejap , ambiklah gamba dulu " jerit cikgu Firhad dari bawah pentas . Perjalanan Mikael terhenti apabila terdengar jeritan gurunya itu . "123 , senyum " kata cikgu Firhad . Wajah Miekail yang seakan-akan pelakon sinetron, Randy Pangalila terlihat sugul dan raut wajahnya menceritakan bahawa dia sedang dilanda kesedihan . Kakinya dilangkahkan perlahan-lahan turun dari anak tangga pentas menuju ke tempat duduk dia sebentar tadi . "Saya tujukan khas lagu ini untuk seseorang yang berada dalam dewan kerana hari ini merupakan hari lahir beliau iaitu Miekail Aiman" , terdengar tepukan gemuruh dari warga dewan . Miekail terkejut dengan pengumum itu lalu bangun untuk melihat siapakah yang sedang berbicara tentangnya .

  Pintu masuk dewan dibuka , kek Black Forest  yang besar dibawa masuk oleh beberapa orang pelajar dan diletakkan di atas meja berenda bunga di tengah dewan. Semua pelajar berkerumun di sekeliling kek tersebut . "Eh , ada nama Dracula lah dekat atas kek nie"jerit Ashril . Trisha turun dari atas pentas dan menyalakan lilin di atas kek tersebut sambil mendongak-dongak mencari Mikael di celah-celah pelajar-pelajar yang lain . "Kenapa awak buat semua ni ? " , suara yang datang dari belakang Trisha mengejutkannya , lalu dia terus memalingkan muka kearah suara tersebut , "I nak mintak maaf dekat U, Miekail "ujar Trisha . Miekail yang berdiri betul-betul dihadapan gadis kacukan Cina itu hanya memandang  sepi kearah wajah Trisha . Tanpa sepatah perkataan , Miekail berlalu meninggalkan dewan . Air mata berlinangan di wajah ayu Trisha , dia hanya tunduk dan perlahan-lahan melangkahkan kakinya ke arah pintu belakang dewan , mungkin terlalu sedih dengan kejadian sebentar tadi . Pengetua SMK Tun Haji , Encik Haris cepat-cepat mendapatkan anaknya , dia berusaha memujuk Trisha yang sedang teresak-esak menangis di dalam dakapannya . Dalam hati beliau ada jugak perasaan geram bercampur marah atas tindakan Miekal tadi . Riyana yang berlari-lari anak mengejar Miekail sambil memanggil nama Miekal berkali-kali namun dia hanya diam tanpa menoleh ke belakang . "Awak sedih sebab perempuan Jepun semalam kan ? " jerit Riyana . Langkah Miekail terhenti seraya dia menoleh kebelakang tetapi dia diam tanpa sepatah perkataan . "Saya terdengar perbualan awak dengan dia semalam , pada masa itu , saya ada di luar rumah awak"ujar Riyana . Wajah tampan remaja itu dilinangi air mata , cepat-cepat Riyana datang ke arah Miekail dan menghulurkan sehelai tisu.Ashril sibuk di dewan menenangkan para pelajar . "Mungkin Miekail datang bintang tadi , sebab itulah dia begitu"ujar Ashril .Warga dewan kebingungan , tiba-tiba ada suara "datang bintang ? tak paham"tanya suara itu . Ashril memanjangkan leher mencari suara tersebut namun gagal . "Kalau perempuan datang bulan  , kalau lelaki , datang bintang lah "ujar Ashril seraya tertawa . Dewan gamat dengan derai tawa . Ashril yang terkenal dengan sikap lucunya itu menjadikan dia pelajar yang disukai ramai ."Awak , tolong cakap dekat cikgu saya terpaksa balik dan cakap dekat semua saya mintak maaf ye"ujar Miekail lalu meninggalkan Riyana keseorangan di situ .













12 comments:

  1. Replies
    1. Ada. Sambungan cerita ni dalam proses . Tunggu ye dan jangan lupa untuk baca tau . Terima kasih :)

      Delete
  2. eyhh , okayy . no bad lahh :) nukilan sendiri kan ? Ada bakat :)

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Terima kasih,harap awak sudi baca lagi untuk sambunganya :D

      Delete
  4. Replies
    1. bila nak post bab seterusnya ?

      Delete
    2. Saya update 2 hari sekali, jangan lupa baca tau :D

      Delete
    3. okay ! insyaAllah :) tahniah ea ?

      Delete
    4. Terima kasih atas sokongan awak , :D

      Delete
  5. Cerita yang sangat menarik. Ni mesti BM selalu dapat A kan? Kreatif :)

    ReplyDelete
  6. Terima kasih awak :),Hee.Kalau ada idea yg mencurah dapatlah BM A,kalau tak B jugak XD

    ReplyDelete